Kepakaran Kami

Kami merupakan Pusat Sehenti Perunding Network Marketing yang menawarkan perkhidmatan yang komprehensif dan profesional yang lengkap. Antara kepakaran kami adalah:
- Permohonan Lesen Jualan Langsung
- Penubuhan Syarikat MLM
- Pencarian dan Pendaftaran Produk yang Sesuai untuk diedarkan cara Network Marketing
- Merekabentuk dan Mengubahsuai Pelan Pemasaran supaya lebih menarik
- Sistem Perisian Jualan Langsung
- Perancangan & Strategi Perniagaan
- Perkhidmatan Merekrut Kakitangan untuk Syarikat Baru
- Pendidikan / Latihan Korporat untuk Syarikat Baru
- Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
Selain daripada kepakaran diatas, kami juga aktif dalam:
Penganjuran Seminar Awam & Kursus Dalaman
- Seminar awan kami dihadiri oleh ahli-ahli MLM dan juga usahawan lain.
- Menjalankan kursus dan latihan dalaman untuk ahli-ahli syarikat klien kami
Mencari Leader dan Pioneer untuk Syarikat MLM Baru
- Jaringan kami merangkumi leader-leader berpengalaman dan berkaliber (seperti bekas 001, trainer dan pakar motivasi ) dan kami akan mencari leader-leader yang sesuai untuk syarikat klien kami.
Pasaran Antarabangsa
Industri MLM semakin bersifat global. Setiap syarikat, tidak kira syarikat lama atau syarikat yang baru ditubuhkan perlu berfikiran global dan menyediakan peluang kepada leader-leader untuk membawa perniagaan mereka ke tahap antarabangsa.
Namun, menceburi pasaran antarabanga banyak cabarannya dan berisiko tinggi kerana ianya melibatkan undang-undang negara lain, pertukaran matawang, kebudayaan dan bahasa berbeza dan sebagainya. Kami bekerjasama dengan perunding bebas lain di rantau Asia untuk memastikan semua perniagaan klien di negara baru berjalan lancar.